Apabila aku mentelaah tentang sejarah Sabah dan Serawak dan nampak bertapa mudahnya ianya dirampas oleh Pihak British buat aku rasa menyampah. Tetapi bila difikirkan kembali dengan keadaan semasa pada ketika itu, mungkin untuk mengelak dari berlaku peperangan yang akan menyebabkan kehilangan banyak nyawa rakyat pihak pemerintah bertindak demikian.
Aku melihat pula pada keadaan semasa, apabila ada berita tentang pemimpin-pemimpin yang tidak menjaga amanah mereka dalam mentakbir negara (tak tau sama ada berita itu benar atau sekadar fitnah) aku jadi semakin menyampah. Harus diingat bahawa Kesultanan dahulu merupakan para pemerintah/panglima yang kuat yang berjuang untuk mendapatkan hak sebagai pemerintah. Manakala pemerintah sekarang adalah atas pilihaan rakyat yang memberi mandat untuk memerintah... harus ingat itu... jadi jagalah amanah kamu, berkerja demi rakyat bukan sekadar untuk rakyat atau lagi teruk memerintah rakyat!!!
No comments:
Post a Comment