Wednesday, December 19, 2012

kes minyak yuyi... kena tel JAKIM ni...

bila sesebuah cerita tu disebarkan di FB ada beberapa versi... mula rasa curiga kebenarannya... hemmmm tapi tetap ambil iktibar mana tau salah satu versi tu benar...Tapi yang pasti hari ni kena tel JAKIM tanya supaya tak was-was... 

Monday, December 17, 2012

Aral Melintang

Saya ni kalau berjanji, sedaya mungkin saya usahakan. Tapi kalau aral melintang tanpa saya sedari, tanpa saya rancang, apa yang saya boleh buat. Saya sentiasa berterusterang jika salah itu ke atas saya. Tapi saya tak boleh terima jika orang kata saya menipu untuk selamatkan diri. Kerana bagi saya menipu itu bukan jalan terbaik untuk melepaskan diri. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah jua.


Jumlah

manusia di uji dengan 'jumlah'... manusia bongkak dengan 'jumlah'... Ustaz Fathul Bahi (dalam maksudnya ni... fuhhhhhh...)

Tuesday, December 11, 2012

Hadir tanpa diundang

kebelakangan ini selalu sangat saya lihat orang-orang islam yang seolah-oleh jahil terhadap majlis-majlis yang dianjurkan. Ramai yang tidak segan silu menunjuk-nunjuk diri di majlis-majlis yang diadakan tentang kehadiran mereka dengan gah. Namun mencacatkan majlis orang, seolah-olah hadir tanpa diundang. hemmmmmm lupa yang haram bagi mereka berada disitu jika sebenar-benarnya tidak diundang. Pasti tuan rumah rasa malu bila tiba-tiba majlisnya diselit dengan sesuatu yang bertentangan dengan pendirian tuan rumah itu sendiri... tolong lah jangan rosakkan majlis orang... sudah tentu kamu juga tidak mahu majlis kamu dirosakkan sedemikian rupa!!!

Thursday, December 6, 2012

Rancangan Realiti

diUS... faedah pinjaman pelajaran 8.2% terkejut teman... akhirnya pelajar tu dapat bayar balik dengan berhenti merokok sebulan US$300, berhenti makan di luar US$150 dan dia hanya dikehendaki membayar hutangnya US$250 setiap bulan... siap ada lebih lagi... (rancangan berbentuk Realiti ni kadang2 mengajar kita :)

Wednesday, December 5, 2012

Urusan Rasmi...

Apa saja berkaitan dengan kewangan pasti dalam urusan rasmi hehehehe... mana tidak rasminya, rezeki untuk keluarga mesti sentiasa di urus dengan baik. Kewangan tidak hanya membabitkan hak mutlak sendiri. Malahan ketika masih belum berkhawin lagi, ianya sentiasa perlu dibahagi-bahagi sama ada atas dasar keperluan atau kehendak.

Keperluan membabitkan makan, minum, bahagian untuk ibubapa yang selama hari ini menanggung perbelanjaan kita membesar. Alahhhh walaupun hanya sedikit namun ianya sudah memadai bagi mereka (cehhhhh wah ye ler hehehhe)

Kehendak, apa lagi lu pikir lah sendiri :)

Eh!! ada ke orang baca?

Sekarang ni malas teman nak post pendapat kat FB sebab takut disalah tafsirkan. Oleh itu teman beralih ke blog ni saja aja teman nak tulis apa yang terlintas difikiran terus ke mana-mana lah bukan hanya tersekat diminda... dengan harapan tak ada orang baca, sekadar tulisan harian minda teman yang berjalan tanpa henti ni.

Teman harap benar tak ada yang baca.... sebab kekadang tu teman nak hemburkan aja pendapat teman kat muka dinding ni tapi hanya untuk teman aja yang melihatnya hehehehe... pelikkan :)

Tuesday, December 4, 2012

Kegemaran ku

Orang perempuan tak pernah lari dari mengemari barang-barang cantik ada yang gemar barang kemas ada yang gemar bag tangan berjenama dan juga kasut... saya hemmmm ketiga-tiga diatas sudah menjadi kegemaran saya.

Entah lah dulu masa muda remaja saya tak ambil kisah tentang penampilan dari sudut barang kemas kalau boleh seringkas yang boleh namun bila usia sudah menhampiri setengah abad ianya seolah-oleh memanggil-manggil dan menghantui fikiran ku. Kalau boleh ingin pakai yang besar-besar dan cantik... Adoyaiiii geram betul dengan kegemaran terbaru ku ini... bukan apa secara dasar dan hakikatnya aku tidak mampu!!!

Kegemaran kedua ku adalah melihat bag tangan yang berjenama. Cantik benar pada pandangan mata ku... setiap kali melintas atau lalu di tempat-tempat tersebut hati meronta-ronta ingin membelek dan membeli. Aku tak suka benar sekadar membelek dan angkat kaki pergi tanpa membeli... suami sudah cukup arif dengan perangaiku. Jika aku sudah bekenan tidak dapat tidak pasti ku sambar. Aku benci dengan kegemaran ku ini

Seterusnya kegemaran ku yang kedua kasut... cantik2 didepan mata cuma aku masih mampu bertahan dalam bab ini. Cuma satu! apa yang aku suka pasti anak sulung ku suka juga dan akhirnya akan kubelikan untuknya... supaya dia dapat bergaya dengan kasut-kasut yang cantik dimata ku namun tidak sesuai untuk ku gayakan... hemmmmm terjebak jugalah rasanya.

Oh!!! lupa pula satu lagi kegemaran ku adalah minyak wangi yang harum dan berjenama... AHHHHH!!! kenapa kegemaran ku ini mahal-mahal belaka. aku harus pandai bersabar, berhemah dalam berbelanja dan harus sentiasa ingatkan diri sendiri agar tidak bersikap BOROS!!!

GERAM BETUL!!! dan kini teknologi komputer dan mobile juga menjadi masalah  buat ku.... TOLONGGGGGGGG!!!

tak puas hati

Saya pun ada benda yang saya tak puas hati... tapi selalunya ianya berpunca dari saya... bukan dari orang lain... harap-harap begitulah... tidak mahu selalu menuding jari... kerana akhirnya jari itu berbalik ke arah diri sendiri... SELALU DAH!!! :)

Ilmu

jangan menyesal jika ber ILMU... kerana ilmu itu tidak ada yang merugikan... antara yang diminta oleh Rasulullah terhadap tawanan perangnya... memasuki islam atau memberi ilmu pada orang-orang islam...

Awang tak tau ke?

Semua orang berhutang 'Awang' bezanya kamu berhutang utk ilmu orang berhutang utk bergaya... mana lebih baik awang.... saya juga berhutang utk ilmu sebanyak 2 kali untuk Ijazah dan Sarjana tapi saya tak lupa bayar hutang awang dan akhirnya ALLAH balas amanah hutang saya dengan rezeki bukan sahaja pada ilmu tapi pada kesihatan dan kebahagiaan keluarga awang... tolong jawab begitu pada AWANG ya

Bersyukur

ALLAH dengar rungutan kita, tapi DIA lebih suka pada orang yang BERSYUKUR... tak gitu?

Monday, December 3, 2012

menyulitkan keadaan

Kekadang kita rasa macam orang suka sulitkan keadaan... tapi kita lupa yang kita juga selalu menyulitkan keadaan orang lain...

Memandai-mandai

that why!... don't 'memandai-mandai'... you can said anything you want but the fact is... you look stupid if it's wrong... so how many time you need to do that???...