Wednesday, June 12, 2013

Kali Pertama Menjejakkan Kaki di LONDON

Aku bukan dari keluarga yang berada, untuk melancong keluar negara bukan lah satu kebiasaan buat ku. Paling tinggi pun aku ke Thailand atas urusan pengajian ku dan kini aku ke London juga atas urusan pengajianku. Istimewanya aku ke London adalah pada tarikh hari lahir ku... hemmm setelah menjejak angka ke 4 dihadapan barulah berpeluang ke Eropah... bertambah manis apabila pemandu teksi yang mengetahui aku menyambut hari lahir pada hari tersebut telah menyanyikan lagu 'HAPPY BIRTHDAY TO YOU' sekuat-kuat hatinya... aku tersenyum simpul, mesra juga mereka ni... :)

Sambutan Hari Lahir Paling Panjang...

Setiap tahun hari lahirku pasti akan jatuh tidak jauh dari tarikh hari lahir Yang Di Pertuan Agong dan kadang kala pasti jatuh betul-betul pada tarikh tersebut. Bukan apa di Malaysia tarikh hari Lahir Yang Di Pertuan Agong selalunya akan jatuh pada hari sabtu pertama bulan Jun makanya begitulah keadaannya kadang kala terkena dan adakala sipi-sipi sahaja. Namun apa yang istimawa pada tahun 2012 adalah merupakan hari lahir ku yang teristimewa kena ia bukan sahaja merupakan sambutan Hari Lahir Yang Di Pertuan Agong di Malaysia, malahan merupakan hari sambutan Jubli Berlian pemerintah di Raja British iaitu Queen Elizabeth oleh itu kedua-dua buah negara menyambutnya dengan meriah.

Di sebalik keistimewaan itu adalah, ia juga merupakan sambutan hari lahir ku yang paling panjang sekali seumur hidup ku, iaitu aku berada di Malaysia ketika tarikh tersebut dan ku sambut bersama keluarga sebelum aku berangkat ke UK dan mengakhiri sambutan tersebut melebihi 24jam. Oleh kerana London lewat sehari dari Kuala Lumpur makanya aku mempunyai banyak masa iaitu melebih 48 jam menyambut hari lahir ku.... alangkah bahagianya kerana di Malaysia ia meriah dengan sambutan YDPA dan di London juga meriah dengan sambutan Jubli Berliannya... tidakkah ia merupakan Sambutan Hari Lahir yang Paling panjang?... :)

Sunday, May 26, 2013

Makin Galak Golongan Mungkar Nabi Lut Ni!!!


Tak habis-habis golongan ini, maaf sebagai orang Islam perkara ini sememangnya ditolak mentah-mentah apatah lagi untuk hanya memikirnya. Jangan jadi MUNAFIK atau TERKELUAR DARI ISLAM semata-mata untuk kepentingan dunia... Golongan yang menentang, golongan yang senyap selalunya tidak kelihatan sebenarnya mereka ini lagi ramai dari GOLONGAN YANG MEMINTA-MINTA itu... Nauzubillah, Ya ALLAH jauhkan kami dari malapertaka yang dibawa oleh GOLONGAN MUNGKAR NABI LUT ini!!!

Saturday, May 18, 2013

Naik Harga

Kecoh hanga barang naik...upload kat segala apa yang boleh bising2 barang dapor naik harga RM50 hanya dapat barang sekian2... marah2... tp lepas tu dok upload gambar shopping bag tangan berjenama, tudung mahal, jubah ber ratus2... hak tu tak bising2 pulak... ni mana satu keperluan?....mana satu kehendak ni?.... apadah salah orang dicari salah sendiri yg tx berjimat dijaja... maaf katalah!!!

99p &Poundland

Masa di London tempat yang wajib di singgah hari2 adalah dua tempat ni sebab harga barangan yang dijual adalah kurang atau hanya £1 aja...maka seronoklah membeli belah kerana nampak murah... tpi bila difikirkan balik hemmmmn kat Malaysia pun ada contoh kedai Daiso di JJ atau kedai 1 barang RM5 sebab itulah nilai sebenar barang2 yg ada di kedai tersebut. Kita kadang kala tx nampak benda2 begitu kerana kita dah set kan di minda yg hak luar tu lebih baik dari apa yg kita ada hingga kadang kala kita lupa nak menghargainya.... memang le ada barang yg disana lagi murah dari disini tp ada juga yang disini lagi murah dari disana...contoh telur 30 biji baru RM 9... kat sana 8biji dah RM5....cuba lah x kan hari2 makan telur ...

 p/s ada rakan memang asalnya dari UK...katanya kat Malaysia lg murah ada kedai 1 barang RM2....lama dah diq tx kemari :)

Wednesday, May 15, 2013

Menjaja-jaja cerita

Apabila hanya mendengar dari sebelah pihak, makanya kata-kata itu walaupun tidak benar akan jadi benar. Maka dengarlah pada kedua-dua belah pihak, tanya dan pastikan maklumat itu benar dahulu. Jangan jaja-jajakan cerita yang kita masih lagi tidak mengetahui kebenarannya...Wallahualam

Tuesday, May 14, 2013

Kes anak tak kenang budi... kesian ibu yang melahirkan

Sekarang ni anak-anak tak segan silu menemplak ibunya yang marah kerana tak kenang budi. Tak ingat ke semenjak dilahirkan dan setelah besar, bila dah berupaya berdikari mula tunjuk belang. Si ibu mohon bantuan kerana bukan orang senang di hina di khalayak. Hemmmmm hanya kerana sang kekasih tuduh si ibu... tak tahulah, cuma harus diingat selagi doa ibu itu ada selagi itulah berkat itu ada... jangan nanti bila doa dan kasih ibu itu hilang... dan kita hilang segala-galanya baru lah ternadah-nadah mencari IBU.

Gardenia naik harga?


Kecoh harga barang naik di Malaysia selepas PRU 13, fitnah tak habis-habis orang Malaysia ni hinggakan pihak syarikat terpaksa membuat kenyataan akhbar untuk menyangkal dakwaan kaki memfitnah ni.

Kecoh harga roti mahal di Malaysia... teringat di London roti sebuku mencecah RM5 itu pun kalau beli 2 buku baru dapat harga tersebut itu bermaksud kenalah keluarkan RM10 setiap kali beli roti. Kalau le kita ni takat seorang aja duduk disana nak telan 2 buku tu dalam masa yang dihadkan tak ke terjeluak dibuatnya. Memang le ada orang kata jangan buat tukaran wang asing kalau di luar negara... tapi harus diingat kita setakat pelajar disana ditaja dengan nilai RM bukan £ makanya terpaksa le menukarkan kepada kadar wang tersebut... lain le gaji kita beribu-ribu £ baru le RM5 tu apa sangat baru  £1....


Tuesday, May 7, 2013

Biarlah

Cukup seminggu aku meninggalkan dunia FB. Dalam kehangatan pilihanraya yang pasti akan hebat dalam memberi fakta dan auta dari kedua-dua belah pihak. Aku bertindak meninggalkan dunia FB atas dua sebab, pertama untuk memastikan pengajian PhD ku berjalan lancar, baru ku sedar aku tak pandai menjaga masa kerana leka dengan melayan rakan-rakan dan penyataan-penyataan dalam FB. (tidak menyalahkan rakan-rakan sebaliknya menyalahkan diri sendiri.) Kedua, di FB telah membuat aku membenci rakan-rakan yang satu ketika dahulu sangat ku hormat, kerana didalam FB dapat kulihat CERMIN MIMPI yang berderai dengan penyataan yang menghina, memfitnah dan memaki hamun secara terang-terangan kepada yang tidak bersependapat dengan mereka. Aku ingin menyimpan kenangan semasa kami bersahabat dan berbicara dengan bahasa yang baik-baik, dipenuhi dengan jenaka dan kata-kata gembira. SEDIH, memang sedih kerana rasa hormat ku telah hilang seperti dikikis-kikis setiap kali aku membaca penyataan-penyataan didalam FB. (aku tak mahu ianya dikikis hingga habis) Aku merasakan biar tak sependapat tapi silatulrahim antara sesama Islam dan bersahabat itu harus dijaga dengan erat. Oleh itu biarlah dikatakan kera sumbang, biarlah dikatakan ketinggalan zaman, biarlah! agar tidak ada titik hitam dalam hati kerana kebencian, biar tidak ada titik hitam dalam hati kerana memfitnah, sesungguhnya aku lebih takutkan ALLAH dari ketinggalan zaman... WALLAHUALAM.

Apa yang di SIMPAN untuk kita

Apabila ada yang berkata "Sama-sama Islam, sama-sama bersolat hajat... dan hajat siapa yang ditunaikan oleh ALLAH"

ALLAH memberi setiap jawapan dengan caranya, siapa kita untuk mempersoalkannya?

Kadang kala kita rasa kita benar dan yang lain itu semua salah, kita sukar menerima apa sahaja yang bertentangan dengan yang kita hajati. Namun harus kita ingat bahawa dalam satu kekecewaan ada RAHSIA yang ALLAH simpan untuk kita. Mungkin bukan sekarang, mungkin kemudian. Kita hanya sedar bila nikmat itu ALLAH tunjuk, masa itulah bila kita fikirkan balik. Oh ini yang disimpan untuk kita rupanya.


Thursday, May 2, 2013

Hamba Abdi di Nusantara

Dulu saya ada upload di FB gambar gadis hamba di Timur Tengah... antara soalan rakan saya adakah di Nusantara terdapat perhambaan. Jawab saya mungkin ada namun selalunya yang diamalkan oleh orang-orang Melayu ketika itu adalah perhambaan berdasarkan kepada HUTANG, dimana ketua keluarga menyerahkan anak mereka untuk berkerja pada orang yang memberi hutang sehinggalah jumlah hutang itu selesai. Namun dari penemuan dalam beberapa penulisan berkenaan 'Lanun' di Nusantara jelas terdapat sistem perhambaan telah berlaku di sini dimana apabila Lanun menyerang kapal ataupun didaratan maka orang tawanan mereka akan dijual sebagai hamba di negara-negara yang memerlukan seperti yang dicatatkan dalam buku "he Sulu Zone, 1768-1898: The Dynamics of External Trade, Slavery, and Ethnicity in the Transformation of a Southeast Asian Maritime State."

"Trafic in salave reached its peak in Sulu in the period 1800-1848, fonded on the basis of trade in China and the West." (Warren, J.F., 2007)

...ini sekadar soalan bukan tuduhan...

Eh!!... kalau ya pun nak menyoal tanyalah pada yang empunya diri kalau dah diedarkan kepada yang tak tau cerita, bukankah itu tuduhan!!! Ewah...ewah... kau baling batu sembunyi tangan ya... ini macam punya orang pun ada... dunia-dunia...

Masa itu emas

Sesungguhnya masa itu emas...kadang kala orang tx tahu menghargai masa orang lain!!!... tolonglah tidak kah mereka ketahui yang masing-masing punyai jadual masing-masing yang harus dituruti. Sabarlah duhai hati....

Selamat Tinggal FB

Hari ini merupakan hari ke 2 aku meninggalkan dunia FB, secara peribadi FB ini sangat-sangat menggangu. Dari segi pengurusan masa serta mental, apa tidaknya setiap kali mesti ingin melihat 'update' berita-berita dari kawan-kawan yang kadang kalanya penting buat mereka namun tidak penting buat kita. Bila berlaku perkara-perkara sebegini terasa seolah-olah menjaga tepi kain orang pulaknya hehehehe macam makcik mesyuarat tingkap yang dilakukan oleh makcik-makcik suri rumah dirumah-rumah beret penjawat awam (berdasarkan pengalaman ketika kecil).

Kini pilihanraya semakin dekat, apa lagi hebat lah acara fitnah memfitnah serta memuat naik atau 'share' sesuatu yang sendiri pun tak tau takat nak kongsi saja tanggung jawab sendiri yang tukang kongsi siap awal-awal dah kata dia lepas tangan. Ehhhhhhwah banyak cantik! tak siapa punya rumah tangga boleh roboh atau maruah orang boleh tercalah, suka-suka kau aja kata tak nak tanggongjawab, manusa ke tu? atau .... (sendiri fikir)

Tak ber FB, saya masih boleh tahan tapi tak menulis, fohhhhhhh tak boleh sebab minda ku sentiasa berfikir dan jika fikiran itu dibiarkan terperap dalam minda ianya mintak diluahkan... oleh itu apa lagi saya berpaling semula ke blog... walaupun saya tahu tidak ada pembacanya namun sekurang-kurangnya ianya sudah di LUAH kan... :)

Wednesday, May 1, 2013

Demi Rakyat, Untuk Rakyat

Apabila aku mentelaah tentang sejarah Sabah dan Serawak dan nampak bertapa mudahnya ianya dirampas oleh Pihak British buat aku rasa menyampah. Tetapi bila difikirkan kembali dengan keadaan semasa pada ketika itu, mungkin untuk mengelak dari berlaku peperangan yang akan menyebabkan kehilangan banyak nyawa rakyat pihak pemerintah bertindak demikian.

Aku melihat pula pada keadaan semasa, apabila ada berita tentang pemimpin-pemimpin yang tidak menjaga amanah mereka dalam mentakbir negara (tak tau sama ada berita itu benar atau sekadar fitnah) aku jadi semakin menyampah. Harus diingat bahawa Kesultanan dahulu merupakan para pemerintah/panglima yang kuat yang berjuang untuk mendapatkan hak sebagai pemerintah. Manakala pemerintah sekarang adalah atas pilihaan rakyat yang memberi mandat untuk memerintah... harus ingat itu... jadi jagalah amanah kamu, berkerja demi rakyat bukan sekadar untuk rakyat atau lagi teruk memerintah rakyat!!!

Bukan kah itu Biasiswa?

Dikatakan bahawa akan dapat pecuma... hemmm bila dikirakan balik katanya 25 ribu pelajar satu semester akan dapat pengajian pecuma... biar betul kalau ikut statistik 2012 hampir 16 ribu pelajar dapat semua A dalam mata pelajaran mereka... ok kita tak kita lagi pelajar yang dapat 8A,7A,6A dan 5A yang dapat tak semua A agak2 berapa ramai pelajar tu lebih dari 25 ribu gayanya... abis yang lebih tu kena berhutang jugalah gamaknya... hemmmmm atau akan jadi balik ibubapa yang terpaksa jual atau gadai tanah, jual kereta, gadai barang kemas semata-mata nak anaknya masuk U hemmmmm cukup lah pak Tahir yang terpaksa jual kereta untuk anaknya mulakan pengajian... hemmmm

Bayar hutang tu!

Berhutang kerana pelajaran... siapa yang tidak berhutang?... kecuali anda dilahirkan dari keluarga yang kaya raya... siapa yang tidak berhutang?... mungkin semasa kita membayar hutang tu hati kita sakit... tapi kerana hutang itu telah membuahkan hasil... bersangka baik lah...

Melampau Betul!!!

Mula-mula katanya dia nak lepas tu dia cari pasal, eh? siapa yang nak ni? melampau betul mereka-mereka ini

Sunday, March 17, 2013

Dia adalah tepat untuk saya!!!

Kenapa saya tak suka memuji dia, sebab saya cemburu!!! saya tidak mahu orang lain tahu yang dia adalah terbaik untuk saya, dia tahu saya sepenuhnya, dia faham saya seluruhnya, dia terima saya seadanya, dia tahu kelemahan saya, dia tahu kekuatan saya, dia menyokong saya, dia memikirkan yang terbaik untuk saya, dia sempurna dari segala segi fizikal dan mantal, marah dia selalunya betul, tergurannya selalunya berasas, sifat cemburu dan tamak saya buat saya sembunyikan segalanya agar dia hanya untuk saya.

Dia adalah tepat untuk saya!!!

Manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan, dalam sedar atau tidak.

Kadang kala kita tidak berfikir atau pun tidak terlintas difikiran kita untuk kita menyatakan sesuatu pendapat. Mungkin kita terlalu teruja ingin mengutarakannya dari sudut lain hingga terlupa ianya bakal menyingung perasaan orang lain yang menerima dari sudut lain pula.

Mungkin kita rasa kita tidak bersalah, namun secara tulusnya kesalahan itu berpunca dari kita. Terimalah teguran itu dengan redo kerana ianya akan mengajarkita untuk berfikir berkali-kali kemudian hari.

Manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan, dalam sedar atau tidak.

Wednesday, March 13, 2013

Berurusan dengan orang...


Satu perkara yang saya belajar bila berurusan dengan orang lain... jangan susahkan orang dan orang tak akan susahkan kita... jangan cari salah orang dan orang takkan salahkan kita... sabar itu amat penting kerana kita berurusan dengan manusia yang pun ragam, perangai dan masalah... InsyaALLAH selalunya semua berjalan dengan lancar... kalau tak juga redo ajalah huhuhu

Sunday, March 3, 2013

Rumpun Melayu

Apa sudah jadi dengan rumpun Melayu... yang satu menuduh 'Maling' yang satu terus memberontak... yang satu tuding menuding!!! Apa sudah jadi dengan rumpun Melayu?semua hanya kerana 'TAMAK'

Monday, February 25, 2013

Tesis comb binding!!!

dalam penyelidikan setiap fakta yang diambil harus dihurai seadil-adilnya bukan hanya untuk menyebelahi hipotesis yang telah dibina... INGAT TU!!! jangan setakat pandai 'cut and paste' aja jilit dan hatar ke SV takat guna comb binding aja... adil kah kamu? amanah ke kamu? kata tesis bukan laporan!!!

Sunday, February 24, 2013

Fakta sekerat2

Apabila fakta diambil sekerat-sekerat... takut juga kerana maksud akan jadi berbeza-beza.. oleh itu dalam penulisan harus pastikan yang fakta bukan hanya dari satu sumber rujukan malahan harus mendapatkan rujukan2 yang berwibawa lainnya... melihat, menkaji, silang rujuk bagi memastikan apa yang cuba disampaikan itu tidak menyimpang dari apa yang ingin disampaikan secara luhur... dalam penyelidikan juga tidak semestinya fakta yang tidak menyokong itu salah... ia tetap betul kerana itulah jawapan pada soalannya.

Thursday, January 10, 2013

Ya ALLAH tolonglah

Secara peribadi saya tidak setuju kalimah ALLAH dijadikan rujukan kepada tuhan agama selain dari Islam. Kerana bagi saya ALLAH itu esa, satu tiada dua ataupun tiga. Apa bila ianya digunapakai sesuka hati dan membawa maksud dan huraian yang berbeza dari apa yang sebenarnya TOLONG lah jangan mengada-gada.

Cukup-cukup sudah dengan nama yang berbagai mereka ada, kenapa mahu yang satu-satunya milik orang islam di Malaysia. Apa muslihatnya? apa umpanannya? apa gurauannya? apa sendanya?... tercari-cari kenapa beria-ia benar.

Akhirnya terdengar dan terbaca ayat "Oh sebenarnya mereka menyembah tuhan yang sama, cuma mereka tersesat dengan mencari perantara untuk pergi ke tuhan yang sama." HA!!! apa bengapnya kamu lupakah kamu tentang dua kalimah syahadah kamu?

          Asyhadu An La Ilaha Illallah Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah.
Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH dan nabi Muhammad itu persuruh ALLAH

Tuesday, January 8, 2013

Budak Pandai

Saya bukan budak pandai... tapi saya budak yang berusah... sepandai mana pun saya kalau saya tak berusaha untuk tahu atau ambil tahu... saya tetap tak jadi budak pandai... tapi kenapa orang boleh salahkan saya yang disangka budak pandai...

Saya harus lebih banyak berusaha untuk perbaiki diri saya dan jangan lalai dan leka... AMIN