Thursday, September 4, 2014

Pelajar Baru Perlekehkan UiTM... "DASAR TAK SEDAR DIUNTUNG"

Bila hidup di limpahi oleh kemewahan, susah sikit pun dah merungut "FOR YOUR INFO!" masuk universiti swasta pun ada minggu suai kenal bagai inikan pula masuk IPTA. Nampak sangat macam rusa masuk kampung itu pun tak tau gerrrrrr (pendapat peribadi anak orang susah yang diberi peluang untuk menempuh kejayaan oleh UiTM pernah punya pengalaman di IPTS dan IPTA)

Wednesday, June 12, 2013

Kali Pertama Menjejakkan Kaki di LONDON

Aku bukan dari keluarga yang berada, untuk melancong keluar negara bukan lah satu kebiasaan buat ku. Paling tinggi pun aku ke Thailand atas urusan pengajian ku dan kini aku ke London juga atas urusan pengajianku. Istimewanya aku ke London adalah pada tarikh hari lahir ku... hemmm setelah menjejak angka ke 4 dihadapan barulah berpeluang ke Eropah... bertambah manis apabila pemandu teksi yang mengetahui aku menyambut hari lahir pada hari tersebut telah menyanyikan lagu 'HAPPY BIRTHDAY TO YOU' sekuat-kuat hatinya... aku tersenyum simpul, mesra juga mereka ni... :)

Sambutan Hari Lahir Paling Panjang...

Setiap tahun hari lahirku pasti akan jatuh tidak jauh dari tarikh hari lahir Yang Di Pertuan Agong dan kadang kala pasti jatuh betul-betul pada tarikh tersebut. Bukan apa di Malaysia tarikh hari Lahir Yang Di Pertuan Agong selalunya akan jatuh pada hari sabtu pertama bulan Jun makanya begitulah keadaannya kadang kala terkena dan adakala sipi-sipi sahaja. Namun apa yang istimawa pada tahun 2012 adalah merupakan hari lahir ku yang teristimewa kena ia bukan sahaja merupakan sambutan Hari Lahir Yang Di Pertuan Agong di Malaysia, malahan merupakan hari sambutan Jubli Berlian pemerintah di Raja British iaitu Queen Elizabeth oleh itu kedua-dua buah negara menyambutnya dengan meriah.

Di sebalik keistimewaan itu adalah, ia juga merupakan sambutan hari lahir ku yang paling panjang sekali seumur hidup ku, iaitu aku berada di Malaysia ketika tarikh tersebut dan ku sambut bersama keluarga sebelum aku berangkat ke UK dan mengakhiri sambutan tersebut melebihi 24jam. Oleh kerana London lewat sehari dari Kuala Lumpur makanya aku mempunyai banyak masa iaitu melebih 48 jam menyambut hari lahir ku.... alangkah bahagianya kerana di Malaysia ia meriah dengan sambutan YDPA dan di London juga meriah dengan sambutan Jubli Berliannya... tidakkah ia merupakan Sambutan Hari Lahir yang Paling panjang?... :)

Sunday, May 26, 2013

Makin Galak Golongan Mungkar Nabi Lut Ni!!!


Tak habis-habis golongan ini, maaf sebagai orang Islam perkara ini sememangnya ditolak mentah-mentah apatah lagi untuk hanya memikirnya. Jangan jadi MUNAFIK atau TERKELUAR DARI ISLAM semata-mata untuk kepentingan dunia... Golongan yang menentang, golongan yang senyap selalunya tidak kelihatan sebenarnya mereka ini lagi ramai dari GOLONGAN YANG MEMINTA-MINTA itu... Nauzubillah, Ya ALLAH jauhkan kami dari malapertaka yang dibawa oleh GOLONGAN MUNGKAR NABI LUT ini!!!

Saturday, May 18, 2013

Naik Harga

Kecoh hanga barang naik...upload kat segala apa yang boleh bising2 barang dapor naik harga RM50 hanya dapat barang sekian2... marah2... tp lepas tu dok upload gambar shopping bag tangan berjenama, tudung mahal, jubah ber ratus2... hak tu tak bising2 pulak... ni mana satu keperluan?....mana satu kehendak ni?.... apadah salah orang dicari salah sendiri yg tx berjimat dijaja... maaf katalah!!!

99p &Poundland

Masa di London tempat yang wajib di singgah hari2 adalah dua tempat ni sebab harga barangan yang dijual adalah kurang atau hanya £1 aja...maka seronoklah membeli belah kerana nampak murah... tpi bila difikirkan balik hemmmmn kat Malaysia pun ada contoh kedai Daiso di JJ atau kedai 1 barang RM5 sebab itulah nilai sebenar barang2 yg ada di kedai tersebut. Kita kadang kala tx nampak benda2 begitu kerana kita dah set kan di minda yg hak luar tu lebih baik dari apa yg kita ada hingga kadang kala kita lupa nak menghargainya.... memang le ada barang yg disana lagi murah dari disini tp ada juga yang disini lagi murah dari disana...contoh telur 30 biji baru RM 9... kat sana 8biji dah RM5....cuba lah x kan hari2 makan telur ...

 p/s ada rakan memang asalnya dari UK...katanya kat Malaysia lg murah ada kedai 1 barang RM2....lama dah diq tx kemari :)

Wednesday, May 15, 2013

Menjaja-jaja cerita

Apabila hanya mendengar dari sebelah pihak, makanya kata-kata itu walaupun tidak benar akan jadi benar. Maka dengarlah pada kedua-dua belah pihak, tanya dan pastikan maklumat itu benar dahulu. Jangan jaja-jajakan cerita yang kita masih lagi tidak mengetahui kebenarannya...Wallahualam