Sunday, March 17, 2013

Dia adalah tepat untuk saya!!!

Kenapa saya tak suka memuji dia, sebab saya cemburu!!! saya tidak mahu orang lain tahu yang dia adalah terbaik untuk saya, dia tahu saya sepenuhnya, dia faham saya seluruhnya, dia terima saya seadanya, dia tahu kelemahan saya, dia tahu kekuatan saya, dia menyokong saya, dia memikirkan yang terbaik untuk saya, dia sempurna dari segala segi fizikal dan mantal, marah dia selalunya betul, tergurannya selalunya berasas, sifat cemburu dan tamak saya buat saya sembunyikan segalanya agar dia hanya untuk saya.

Dia adalah tepat untuk saya!!!

Manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan, dalam sedar atau tidak.

Kadang kala kita tidak berfikir atau pun tidak terlintas difikiran kita untuk kita menyatakan sesuatu pendapat. Mungkin kita terlalu teruja ingin mengutarakannya dari sudut lain hingga terlupa ianya bakal menyingung perasaan orang lain yang menerima dari sudut lain pula.

Mungkin kita rasa kita tidak bersalah, namun secara tulusnya kesalahan itu berpunca dari kita. Terimalah teguran itu dengan redo kerana ianya akan mengajarkita untuk berfikir berkali-kali kemudian hari.

Manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan, dalam sedar atau tidak.

Wednesday, March 13, 2013

Berurusan dengan orang...


Satu perkara yang saya belajar bila berurusan dengan orang lain... jangan susahkan orang dan orang tak akan susahkan kita... jangan cari salah orang dan orang takkan salahkan kita... sabar itu amat penting kerana kita berurusan dengan manusia yang pun ragam, perangai dan masalah... InsyaALLAH selalunya semua berjalan dengan lancar... kalau tak juga redo ajalah huhuhu

Sunday, March 3, 2013

Rumpun Melayu

Apa sudah jadi dengan rumpun Melayu... yang satu menuduh 'Maling' yang satu terus memberontak... yang satu tuding menuding!!! Apa sudah jadi dengan rumpun Melayu?semua hanya kerana 'TAMAK'