Wednesday, June 12, 2013

Sambutan Hari Lahir Paling Panjang...

Setiap tahun hari lahirku pasti akan jatuh tidak jauh dari tarikh hari lahir Yang Di Pertuan Agong dan kadang kala pasti jatuh betul-betul pada tarikh tersebut. Bukan apa di Malaysia tarikh hari Lahir Yang Di Pertuan Agong selalunya akan jatuh pada hari sabtu pertama bulan Jun makanya begitulah keadaannya kadang kala terkena dan adakala sipi-sipi sahaja. Namun apa yang istimawa pada tahun 2012 adalah merupakan hari lahir ku yang teristimewa kena ia bukan sahaja merupakan sambutan Hari Lahir Yang Di Pertuan Agong di Malaysia, malahan merupakan hari sambutan Jubli Berlian pemerintah di Raja British iaitu Queen Elizabeth oleh itu kedua-dua buah negara menyambutnya dengan meriah.

Di sebalik keistimewaan itu adalah, ia juga merupakan sambutan hari lahir ku yang paling panjang sekali seumur hidup ku, iaitu aku berada di Malaysia ketika tarikh tersebut dan ku sambut bersama keluarga sebelum aku berangkat ke UK dan mengakhiri sambutan tersebut melebihi 24jam. Oleh kerana London lewat sehari dari Kuala Lumpur makanya aku mempunyai banyak masa iaitu melebih 48 jam menyambut hari lahir ku.... alangkah bahagianya kerana di Malaysia ia meriah dengan sambutan YDPA dan di London juga meriah dengan sambutan Jubli Berliannya... tidakkah ia merupakan Sambutan Hari Lahir yang Paling panjang?... :)

No comments:

Post a Comment