Tuesday, May 7, 2013
Biarlah
Cukup seminggu aku meninggalkan dunia FB. Dalam kehangatan pilihanraya yang pasti akan hebat dalam memberi fakta dan auta dari kedua-dua belah pihak. Aku bertindak meninggalkan dunia FB atas dua sebab, pertama untuk memastikan pengajian PhD ku berjalan lancar, baru ku sedar aku tak pandai menjaga masa kerana leka dengan melayan rakan-rakan dan penyataan-penyataan dalam FB. (tidak menyalahkan rakan-rakan sebaliknya menyalahkan diri sendiri.) Kedua, di FB telah membuat aku membenci rakan-rakan yang satu ketika dahulu sangat ku hormat, kerana didalam FB dapat kulihat CERMIN MIMPI yang berderai dengan penyataan yang menghina, memfitnah dan memaki hamun secara terang-terangan kepada yang tidak bersependapat dengan mereka. Aku ingin menyimpan kenangan semasa kami bersahabat dan berbicara dengan bahasa yang baik-baik, dipenuhi dengan jenaka dan kata-kata gembira. SEDIH, memang sedih kerana rasa hormat ku telah hilang seperti dikikis-kikis setiap kali aku membaca penyataan-penyataan didalam FB. (aku tak mahu ianya dikikis hingga habis) Aku merasakan biar tak sependapat tapi silatulrahim antara sesama Islam dan bersahabat itu harus dijaga dengan erat. Oleh itu biarlah dikatakan kera sumbang, biarlah dikatakan ketinggalan zaman, biarlah! agar tidak ada titik hitam dalam hati kerana kebencian, biar tidak ada titik hitam dalam hati kerana memfitnah, sesungguhnya aku lebih takutkan ALLAH dari ketinggalan zaman... WALLAHUALAM.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment