Thursday, May 2, 2013

Selamat Tinggal FB

Hari ini merupakan hari ke 2 aku meninggalkan dunia FB, secara peribadi FB ini sangat-sangat menggangu. Dari segi pengurusan masa serta mental, apa tidaknya setiap kali mesti ingin melihat 'update' berita-berita dari kawan-kawan yang kadang kalanya penting buat mereka namun tidak penting buat kita. Bila berlaku perkara-perkara sebegini terasa seolah-olah menjaga tepi kain orang pulaknya hehehehe macam makcik mesyuarat tingkap yang dilakukan oleh makcik-makcik suri rumah dirumah-rumah beret penjawat awam (berdasarkan pengalaman ketika kecil).

Kini pilihanraya semakin dekat, apa lagi hebat lah acara fitnah memfitnah serta memuat naik atau 'share' sesuatu yang sendiri pun tak tau takat nak kongsi saja tanggung jawab sendiri yang tukang kongsi siap awal-awal dah kata dia lepas tangan. Ehhhhhhwah banyak cantik! tak siapa punya rumah tangga boleh roboh atau maruah orang boleh tercalah, suka-suka kau aja kata tak nak tanggongjawab, manusa ke tu? atau .... (sendiri fikir)

Tak ber FB, saya masih boleh tahan tapi tak menulis, fohhhhhhh tak boleh sebab minda ku sentiasa berfikir dan jika fikiran itu dibiarkan terperap dalam minda ianya mintak diluahkan... oleh itu apa lagi saya berpaling semula ke blog... walaupun saya tahu tidak ada pembacanya namun sekurang-kurangnya ianya sudah di LUAH kan... :)

No comments:

Post a Comment